Wednesday, December 9, 2009

HADIS PILIHAN

HADIS PILIHAN / SELECTED HADIS

Memakai wangian

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian
dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya:
Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya:
"Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat." (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:


طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya:
wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)


Wangian Rasulullah


Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi.
Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w." (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud - sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian


Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:
\
من عرض عليه ريحان فلا يرده

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)

Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.
 
 

"Perumpamaan orang berzikir dengan orang yang tidak berzikir 
adalah seperti orang yang hidup dan yang mati"
 Hadith Riwayat Bukhari

LEMAK BABI DALAM WANGIAN

LEMAK BABI DALAM WANGIAN
Tue May 02 2006, 10:21AM

Persoalan alkohol di dalam pewangi sudah lama berlalu. Tetapi permasalahan yang timbul adalah penggunaan lemak binatang sebagai penyerap pewangi tersebut dan tahan lama berbanding dengan pewangi yang tiada mengandungi lard.

PPIM jelas tidak mengesyorkan penggunaan minyak wangi sedemikian kerana ditakuti bahan yang digunakan bersumberkan haiwan yang tidak halal.

Namun begitu syarikat pengeluar sukar dipaksa menyenaraikan bahan yang digunakan. Alasan yang mereka gunakan "trade secrets".

Perkara ini termasuklah minyak atar yang gemar digunakan oleh orang Islam. Selagi sumbernya tidak diketahui, selagi itu kemusykilan timbul.
[ Telah disunting Wed May 03 2006, 10:15AM ]

Back to top


syazani
Wed Sep 19 2007, 09:54AM
Registered Member #6233
Joined: Tue Sep 18 2007, 11:46PM
Posts: 2
Hanya mahu memberi pandangan...jika syarikat pengeluar memberikan alasan "trade secrets"...adakah cara lain utk mengetahui terdapat kandungan 'lard' atau lemak babi di dalam minyak wangi atau produk dgn melakukan ujian makmal terhadap sampel produk tersebut, seperti yg telah dilakukan bg mengetahui kandungan sesuatu makanan dan dalam byk kes uji kaji sains? Adakah pihak saintis telah menemui cara tersebut..??Jika ya, ianya akan dapat menyelesaikan byk masalah orang Islam berkaitan dgn 'lard' atau lemak babi. Saya sendiri bukanlah orang yg arif mengenai bidang sains..diharap orang yg pakar mengenainya dapat menerangkan, semoga ianya dapat menyelesaikan masalah dan memberi manfaat kpd kita semua..InsyaAllah..
Back to top


Mujahiddin
Tue Oct 16 2007, 04:25PM
Registered Member #6527
Joined: Tue Oct 16 2007, 03:00PM
Posts: 3
Sekiranya para pengeluar menggunakan terma "Trade Secret". Bagaimanakah kita sebagai pengguna dapat memastikan produk yang kita beli itu adalah Halal?

Pada saya baik, beli minyak wangi keluaran tempatan (muslim) sahaja, sekurang-kurang nya kita tahu minyak wangi tu HALAL tanpa rasa was-was terhadap produk tersebut.
http://www.halalbestari.com

Mencari Perfume Yang Halal Lagi Baik